27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MP Ranau terus salur bantuan kepada penduduk terjejas PKP

GAMBAR ATAS: Primus (Kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk yang menerima.

RANAU : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen di sini, kini terus mempertingkatkan operasi untuk membantu mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang dikuat-kuasakan kerajaan sehingga 9Jun depan.

Hari ini (16 Mei,2020), seramai 148 orang lagi penduduk dari  7 buah kampung (lokasi) menerima sumbangan berupa Barangan Makanan (BarMa) telah disampaikan krew  Pejabat Parlimen Ranau yang mewakili Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

TERIMA KASIH…Seorang lagi wakil penduduk (Kiri) menerima sumbangan.

Jumlah penerima mengikut kampung (lokasi) yang dikenalpasti ialah, Taman Pasir Putih (26 orang), Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah  (74 orang), Taman Saujana Kinabalu (10 orang), Kg.Betong Togis(11 orang), Taman Dahliah (10 orang),Taman Mempelam (12 orang) dan Pekan (5 orang).

Seorang lagi wakil penduduk (kiri?) menerima sumbangan disampaikan krew Parlimen Ranau.

Antara  krew dari Pejabat Parlimen Ranau, yang mewakili Jonathan ialah, Lajim Haji Abdul Momin,Primus Gahun, Luis Sinti, Ivy Tulian, Tingsu Ganang dan Saiki Suanti.

Jonathan ketika dihubungi, memberitahu yang menerima sumbangan tersebut adalah mereka yang dikenalpasti kurang berkemampuan (miskin tegar) Orang Kelainan Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Pesakit Telantar dan Warga Emas./-

         

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN