32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MP Keningau, ADUN Bingkor adakan “Walkabout” sempena Tahun Baru Cina sekitar Bandar Keningau

Robert (enam dari kanan)dan Jeffrey (tujuh dari kanan)bersama rombongan mengabadikan gambar kenangan di hadapan salah sebuah premis perniagaan di Keningau

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan mengadakan “Walkabout” sempena Tahun Baru Cina tahun ini di sekitar Bandar Keningau pagi tadi.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan diiringi oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson , Ketua-Ketua Masyarakat Cina,  wakil-wakil parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Kelihatan seorang pemimpin masyarakat Cina menyampaikan kad ucapan dan kalender Tahun Baru Cina kepada salah seorang peniaga sambil disaksikan oleh Robert (dua dari kanan) dan Jeffrey (dua dari kiri).

Sempena dengan Walkabout itu rombongan mengunjungi premis-premis perniagaan di sekitar bandar sambil menyampakkan kad ucapan Tahun Baru Cina 2022 dan Kalender tahun 2022.

Menurut Robert, program seumpama ini dilakukan pada setiap sambutan Tahun Baru Cina bagi menghormati budaya dan tradisi masyarakat Cina.

Selain itu katanya, ia juga dapat merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di daerah ini serta mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini khusus di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN