27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Rafi turun padang lawat mangsa kebakaran Kampung Kilan

1.PRIHATIN…. Mohd Rafi menyerahkan sumbangan kepada Aliakhbar sambil disaksikan oleh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian.

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan turun padang bagi meninjau dan menyantuni mangsa kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Kilan dekat sini, pada Ahad.

Mohd Rafi yang baru balik dari menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu negara  pada petang petang Jumaat  turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada ketua keluarga mangsa kebakaran Aliakhbar Asri.

Turut sama dalam dalam aktiviti ‘Peduli Rakyat’ itu ialah Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Suhaili Amir, Pengerusi Seketariat Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat UMNO Bahagian Labuan, Bahari Jinin,  Ketua UMNO Cawangan Kilan, Raimy Yusof serta  beberapa ahli jawatankuasa UMNO  empat peringkat.

Pada  Rabu lalu sebuah rumah jenis separa kekal dua tingkat  terbakar kira-kira jam  4.45 petang bagaimanapun dalam kejadian itu semua mangsa yang dilaporkan seramai 8 orang daripada duah keluarga terselamat daripada kejadian yang tidak diingini.

Dalam perkembangan yang lain, Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) turut menyampaikan sumbangan beras 100kg  kepada  waris dua buah keluarga  yang ditimpa musibah kematian ahli keluarga di Kampung Lubok Temiang baru baru ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN