MOHD Hazim (tiga dairi kiri) menerima hadiah daripada Mahathir.
LABUAN: Mohd Hazim Mohd Noor dinobat sebagai Pemenang pertama Pertandingan video pendek TikTok Most Creative Challenge sempena Borneo Art Festival (BAF) 2024 yang berlangsung baru baru ini.
Mohd Hazim yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penerangan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima hadiah wang tunai bernilai RM700.l dan sijil.
Naib johan dimenangi oleh Nur Hamira Helmi menerima hadiah wang tunai RM300 serta sijil dan tempat ketiga dimenangi Mohammadthir Malik untuk menerima hadiah wang tunai RM200 serta sijil.
Manakala tempat keempat dan kelima masing masing di menangi oleh Nurul Syamisha Herman Tuah dan Dzuliskandar Mohamad. Kedua dua mereka menerima hadiah saguhati bernilai RM100 seorang.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Kelab Sukan, Kebajikan Kebudayaan Perbadanan Labuan (KSKKPL) Mahathir Abdul Hamid.
Pertandingan TikTok Most Creative Challenge yang antara lain bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan kemeriahan BAF 2024 dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama Labuan Visual Art Association (LAVISTA).



