24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Adli muncul Juara  Kejohanan RBCC  Snoocer Tertutup Ranau 2022

Para pemenang sempat merakam gambar selepas menerima hadiah masing-masing.

RANAU: Dengan gaya yang konsistan serta menyakinkan membawa tuah kepada Mohd Adli Bin Saimin untuk muncul Juara  Kejohanan RBCC  Snoocer Tertutup Ranau 2022 di Ranau Belliad Centre Cafe  pekan di sini  baru-baru ini.

Naib Johan disandang oleh Marcel Louis meletakkan Jaffrey Kumil di tangga ketiga mengetepikan 13 peserta lain.

Johan menerima hadiah wang tunai RM1 ribu berserta sebuah piala, manakal Naib Johan telah menerima RM600 bersama piala manakala tempat ketiga dan keempat menerima  hamper.

Pengerusi penganjurnya, Mohd Azdie Bin Masdi ketika ditemui memberitahu, kejohanan yang julungkali diadakan itu merupakan antaralain usaha mengetengahkan  permainan Belliad sebagai antara jenis sukan yang diminati ramai boleh menjurus kepada pemupukan perpaduan serta permuafakatan dikalang an pemain dengan penonton.

“Permainan sukan Beliad mampu menguji kesabaran  pada diri sendiri untuk meletakan target (sasaran) yang  memerlukan keyakinan kendiri setiap peserta”, jelas Mohd.Azdie.

Beliu seterusnya mewakili Jawatankuasa penganjur merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang prihatin menyumbang dana berjumlah RM2 ribu kepada tabung persatuan bagi membiayai kos kejohanan tersebut.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN