Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang warga emas.
KENINGAU: Amalan gotong-royong atau ‘mitatabang’ dalam bahasa Dusun perlu dikekalkan dan diwarisi oleh generasi muda.
Sehubungan dengan ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, berpesan agar masyarakat tidak melupakan dan tidak meninggalkan budaya ‘mitatabang’ sepertimana menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat petani pada masa dahulu.
Robert Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah berkata, amalan gotong-royong bukan sahaja meringankan sesuatu kerja tetapi ia dapat mengeratkan hubungan komuniti dalam sesebuah kampung.
Selain itu katanya, ia juga menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan komuniti.
Beliau berkata demikian semasa berucap
merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Tangkongan di Balai Raya kampung itu pada Sabtu.
Sesuai dengan Tema sambutan ‘Kaamatan pada tahun ini iaitu Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan’ Robert berharap agar para petani tidak lupa mensyukuri apa jua bentuk hasil tuaian walaupun cuaca yang tidak begitu menentu sejak kebelakangan ini.
Sebagai pengisian majlis itu Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 25 orang warga emas dari Kampung Tangkongan sebagai tanda penghargaan ikhlas dan mereka tidak dilupakan dalam suasana kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan.