30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah berjalan lancar

Para ahli persatuan yang hadir sempat merakam gambar bersama Mej.Noor Khairi (depan tujuh dari kanan).

TUARAN: Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Vetaran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Negeri Sabah, Mej Noor Khairi Bin Abd Rahman telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) di Dewan Kebudayaan Bajau Sama Tuaran dan telah dihadiri oleh veteran-veteran Rejimen Gerak Khas dari seluruh negeri Sabah.

Semasa majlis berlangsung, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli yang menerima anugerah Tokoh Veteran Komando dan anugerah kecemerlangan akademik anak-anak veteran komando.

JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah juga turut mengadakan perkhidmatan Kaunter Bergerak untuk memudahkan ahli-ahli persatuan yang hadir memperbaharui kad veteran mereka dan memohon skim-skim bantuan kebajikan yang terdapat dalam JHEV ATM.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN