29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Menjelang Aidilfitri, golongan asnaf di Kemabong terima sumbangan

SUMBANGAN..Jamawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi Masjid untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf.

TENOM : Menjelang seminggu lagi sambutan hari raya Aidilfitri golongan asnaf di daerah kecil Kemabong tidak dilupakan .

Petang kemarin bertempat Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong di Tenom,Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar menyampaikan sumbangan keperluan aidilfitri kepada golongan asnaf di kawasan DUN Kemabong.

Sumbangan diserahkan kepada semua Pengerusi Masjid dan Surau di Kemabong untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf di kawasan masing-masing.

” Seperti tahun-tahun yang lalu menjelang Aidilfitri golongan asnaf tidak pernah dilupakan, bagaimanapun tahun ini saya tidak berpeluang untuk turun padang menyerahkan satu persatu kerana terikat dengan larangan PKP justeru ianya diserahkan kepada pengerusi masjid dan surau untuk agihan di kawasan masing-masing” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di sini.

Jamawi agih-agihkan mask kepada pengerusi-pengerusi masjid dan surau.

Menurut Jamawi semenjak negara di landa paramedik Covid-19 ditambah dengan larangan PKP semua rakyat terkesan apalagi golongan asnaf untuk mencari rezeki ,justeru tambah Jamawi sedikit sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan bebanan mereka yang terjejas.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah turut mengingatkan pengerusi masjid dan surau di daerah ini agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi larangan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri .

Katanya Mufti Negeri Sabah Datuk Aziz Bungsu telah pun mengeluarkan arahan tersebut baru baru ini dan berharap semua pihak mematuhinya .

” Kita faham perasaan umat Islam dengan arahan ini bagaimanapun kita kena redha demi mengelakan wabak Covid-19 menular sehingga menjejaskan kesihatan masyarakat keseluruhannya” katanya.

Tambah Jamawi lagi, dalam setuasi sekarang majlis rumah terbuka sempana hari raya aidilfitri perlu dielakkan hanya berkumpul di kalangan keluarga terdekat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya dalam aspek kebersihan diri dan keluarga .

Beliau juga bersama mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan pada minggu terakhir dan selamat menyambut hari raya aidilfitri menyambutnya dalam kesederhanaan dan norma baharu. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN