24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Menjaga kebersihan, dan keceriaan perlu diamalkan sepanjang masa: Ghani

Ghani (tengah) menyampaikan beras kepada salah seorang peserta gotong-royong.

NABAWAN: Menjaga kebersihan dan keceriaan terutama kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan pekan dan kampung-kampung di sekitarnya perlu diamalkan sepanjang masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani berkata, kebersihan sesebuah kawasan menunjukkan kesepakatan, kerjasama dan perpaduan komunitinya.

Selain itu katanya, ia juga dapat menghindarikan komuniti setempat daripada bahaya penyakit bawaan nyamuk seperti denggi yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Gotong-Royong Perdana Pekan Pensiangan pada Rabu.

Mengenai dengan program itu, Ghani berkata, ia memberi kesan langsung untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan sekitar Pekan Pensiangan dan kampung-kampung di sini akan sentiasa terjaga.

“Secara peribadi pihak saya amat menggalakkan dan menyokong program-program sebegini diadakan secara berkala mengikut kesesuaian masa kerana ianya adalah aktiviti yang menggambarkan kesatuan atau kebersamaan komuniti setempat” katanya.

Tambahnya, ia secara langsung akan memberi kesan terhadap jalinan silaturahim antara komuniti setempat akan terus kukuh.

Pada masa sama Ghani mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan menjemput beliau untuk merasmikan program ini.

Beliau turut merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program itu termasuk penceramah yang telah memberi informasi mengenai ‘Kesedaran Pentingnya Penjagaan Kebersihan Dikalangan Komuniti’ dan ceramah mengenai ‘Kesedaran Penyakit
Denggi’.

Dalam perkembangan lain Ghani berkongsi berkongsi mengenai komitmen kerajaan negeri dalam usahan membangun dan membela rakyat.

Katanya, kerajaan negeri akan terus pastikan keutamaan pembangunan kawasan pedalaman di
seluruh negeri Sabah akan terus bergerak terlaksana seperti mana intipati dalam pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, tidak kira dari segi pembangunan sosial seperti prasrana, infrastruktur yang boleh memberi pelbagai impak positif.

“Begitu juga dengan pembangunan ekonomi usaha meningkatkan pendapatan isi rumah untuk mengeluarkan kumpulan tersebut daripada kepompong kemiskinan dan tentunya kita juga mengambil berat mengenai pembangunan modal insan” katanya.

Memetik saranan dan amanat penjawat awam yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah di ibu negeri baru-baru ini yang mana dalam telah menyentuh mengenai tempoh penggal pentadbirankerajaan GRS masih mempunyai lebih kurang satu (1) tahun lebih lagi, Ghani berkata, ia adalah sebenarnya isyarat tersebut ditujukan kepada semua pihak terutama penjawat awam dan pemimpin akar umbi supaya menggalas tanggungjawab dengan adil, amanah, berdisplin dan cekap dalam memajukan kawasan masing-masing dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Hasinin Kinsim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Mumin Amsah dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Pada program itu Ghani menyampaikan beras dan bakul makanan kepada setiap peserta gotong-royong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN