26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MDR hidupkan semula Jawatankuasa ‘Rakan Taman’

Jawatankuasa ‘Rakan Taman’ MDR merakam gambar bersama Jupirin (duduk tiga kanan) dan Tan Eng Sing (duduk dua kanan).

RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) telah menghidupkan semula Jawatankuasa ‘Rakan Taman’ bagi meningkatlan usaha  memcantik dan menceriakan kawasan pekan berkenaan.

Dalam usaha itu  Rakan Taman akan memberikan tumpuan khusus terhadap kawasan pekan termasuk, Taman berhampiran stesen Minyak Petron, Kawasan Taman Tugu Seratus Tahun, membaiki dan menanam pokok bunga hidup pada pasu-pasu bunga terbiar disetiap pembahagi jalan sekitar pekan.

Pegawai Eksutif MDR yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rakan Taman yang dibentuk, Jupirin Bin Haji Ruhimin berkata, pihak MDR serius dalam usaha membersih dan memcantikkan pekan Ranau, memandangkan pekan itu merupakan antara laluan utama, destinasi dan tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Sejajar dengan usaha serta matlamat itu, MDR menerusi Rakan Taman akan berusaha mewujudkan pekan Ranau  sebagai contoh ‘Pekan Mesra Alam’ yang Cantik, Indah, Ceria dan Selamat untuk dikunjungi”, jelas Jupirin.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa  Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau, dibawah kepimpinan Tan Eng Sing (Timbalan Pengerusi) Rakan Taman kerana sentiasa bersama dengan MDR mempastikan kecantikan, keindahan  dan keselamatan di pekan Ranau sentiasa yang terbaik.

“Teruskan usaha yang baik itu menerusi Rakan Taman demi nama baik pekan dan daerah Ranau seluruhnya”,tegas Jupirin yang membayangkan akan Bersara tidak lama lgi.

Tan Eng Sing ketika ditemui, turut berterima kasih atas kepercayaan MDR kepada beliau bagi menerajui kepimpinan JKDB sejak beberapa tahun yang lalu.

“JKDB akan terus memberikan kerjasama dan berganding bahu dengan MDR untuk mewujudkan kawasan pekan Ranau yang indah dan selamat untuk dikunjungi semua orang”, jelas Tan Eng Sing yang juga turut hadir ke mesyuarat pewujudan semula Jawatankuasa Rakan Taman itu, yang telah merancang mengadakan satu Projek Gotong Perdana pada bulan April (lepas bukan Puasa Ramadan) dengan memberikan tumpuan ‘Skop Kerja’ Mengecat Pondok, membaiki Pagar sekitar pekan, membersihkan taman dan menanam pokok bunga hidup dikawsan strategik kawasan pekan.

Turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Rakan Taman itu ialah, Pegawai Penyelaras, Agnes Tan dihadiri lebih 10 orang staf MDR bersama Jawatankuasa JKDB.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN