Rafie (berdiri)semasa berdialog dengan.peniaga-peniaga di Pekan Apin-Apin.
Oleh: Marutin Ansiung
KENINGAU:Majlis Daerah Keningau akan memastikan segala permasalahan yang hadapi oleh peniaga di Pekan Apin-Apin akan diselesaikan.
Naib Pengerusi Majlis Daerah Keningau Rafie Robert berkata, keselesaan serta keselamatan mereka ketika menjalankan perniagaan khususnya pada Tamu Mingguan perlu diambil berat.
“Saya mendengar segala permasalahan yang telah mereka hadapi sejak sekian lamanya. Oleh itu, saya selaku Naib Pengerusi Majlis Daerah Keningau akan memastikan segala permasalahan yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan segera” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Peniaga Pekan Apin-Apin Keningau hari ini.
Ahli-Ahli dan staf Majlis Daerah Keningau meninjau pentas terbuka tamu Apin-Apin yang telah uzur.
Rafie berkata, dalam memperkasakan Ekonomi Rakyat, pihak kerajaan perlu menyediakan fasiliti yang baik agar rakyat dapat merasa nikmat kerajaan yang memerintah pada ketika ini.
Sebaik sahaja majlis dialog tamat, Rafie bersama dengan Ahli-Ahli Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Keningau berkesempatan melawat pentas terbuka yang telah uzur.
Menurut Rafie, pentas itu perlu pembaikan segera atau membina Dewan Terbuka yang baru di Pekan Apin-Apin untuk kegunaan penduduk setempat.