28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MBL agih 200 pek juadah berbuka puasa

SIMBOLIK….. Abdul Mutalib (dua kanan)  bersama Nazera (kanan sekali) secara simbolik menyerahkan juadah berbuka puasa  melalui Program Dapur MBL 2.0 kepada petugas barisan hadapan.

LABUAN – Majlis Belia Labuan (MBL) dengan kerjasama Parlimen Belia Labuan dan  Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan  telah mengaggihkan 200 pek juadah berbuka puasa kepada pekerja buruh dan petugas barisan hadapan COVID 19 melalui program Daput MBL Belia Prihatin  2.0 yang diadakan baru-baru ini.

Presiden MBL, Abdul  Mutalib Sahari berkata, program  tersebut  bertujuan mengajak para belia untuk beramal kebaikan dalam bulan Ramadan disamping mendedahkan para belia  mengenai kepentingan untuk mendekati masyarakat.|

“Pada masa yang sama ia dapat mengukuhkan lagi jati diri dan menanam semangat kekitaan ketika melakukan sesuatu perkara yang  memberi manfaat kepada masyarakat” katanya.

SERAH…. Abdul Mutalib  (tiga dari kanan) mengaggihkan juadah berbuka puasa kepada salah seorang pekerja pembersihan  taman landskap di kawasan pusat bandar.

Jelasnya, seramai 27 peserta yang terdiri 18  Exco MBL dan 9 peserta Anugerah  Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah berganding bahu  memasak dan menyediakan 200 pek juadah  berbuka puasa untuk di agihkan kepada   pekerja buruh dan juga petugas  barisan hadapan  di sekitar Labuan.

Beliau berkata kerja-kerja memasak dan penyediaan juadah telah diadakan di kediaman Ahli Parlimen Belia Labuan, Nazera Roslan di Kampung Sungai Lada, manakala pengaggihan juadah berbuka puasa bermula dari Kampung Sungai Bedaun menuju ke pusat bandar.

Katanya, setiap kerja dilakukan mengikut prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan selain turut dipantau oleh pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ia bagi memastikan penyediaan juadah sentiasa  dalam keadaan bersih dan selamat dimakan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN