25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat seorang kanak kanak ditemukan dalam sebuah kereta rosak

Mayat kanak kanak ysng ditemukan dalam kereta Proton Gen-2.

LABUAN: Mayat seorang kanak kanak berumur lapan tahun ditemukan dalam sebuah kereta di kawasan Perindustrian Estate, Jalan Arshad Batu Arang atau lebih dikenali penduduk tempatan sebagai kampung Muslim.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menerima laporan kira kira jam 9.10 pagi daripada seorang mekanik yang menghidu bau busuk pada jam 8.45 pagi sebelum menemukan mayat berkenaan.

Hamizi berkata, mekanik berkenaan telah terhidu bau busuk semasa hendak mengalihkan kereta jenis Proton Gen-2 yang ditinggalkan berhampiran bengkel tidak jauh dari tempat mayat itu ditemukan.

“Siasatan awal mendapati kanak kanak tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan telah dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim ” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta tersebut adalah sebuah kenderaan rosak yang diletakan dikawasan bengkel sejak Jun 2025.

Sementara itu, pasukan perubatan yang tiba ditempat kejadian pada jam 10.26 pagi mengesahkan kematian kanak kanak itu.

Pihak polis membawa mayat berkenaan ke Jabatan Forensik Hospital Labuan bagi tujuan bedah siasat.

Mohd Hamizi menasihatkan orang ramai agar lebih peka terhadap pergerakan kanak kanak khususnya mereka yang mempunyai keperluan khas atau cenderung keluar rumah tanpa pengawasan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN