Mayat Lelaki yang ditemukan di kawasan perhantian bas pada Rabu lalu.
LABUAN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di perhentian bas berhampiran bangunan UTC di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintenden Mohd. Hamizi Halim berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemukan seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri dikawasan perhantian bas kira-kira jam 6.45 pagi.
Beliau berkata pihak perubatan yang di maklumkan mengenai kejadian itu tiba kira kira jam 7.20 pagi mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia dan mayatnya telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat.
” Bedah siasat telah dilakukan oleh pihak Hospital dan punca kematian masih dalam siasatan”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan mayat lelaki tanpa dokumen itu dikenali sebagai Muin Halim dipercayai warga Filipina berbangsa Suluk.
Dalam pada itu beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR)”, katanya.



