26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Labuan diseru mensyukuri  nikmat kemerdekaan.

BASHIR (barisan kedua kiri sekali) bersama tetamu membaca surah Yasin  pada majlis Doa Untuk Malaysia di Masjid Jamek An Nur.

LABUAN: Masyarakat di Negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan diseru    bersyukur kerana dikurniakan nikmat kemerdekaan  dalam suasana harmoni dan kebebasan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias berkata  sebagai umat Islam dan warga Negara yang merdeka, rasa syukur itu perlu dizahirkan dengan memelihara keharmonian serta perpaduan pelbagai kaum, budaya dan pegangan agama masing masing.

Beliau juga menzahirkan  kesyukuran  kerana Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri pertama di Negara ini yang beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara.

“Ini membolehkan penduduk Labuan yang lengkap menerima dua vaksin khususnya umat Islam  kini menikmati kelongaran untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau yang kita rindui selama ini” katanya ketika berucap pada Majlis Doa Untuk Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 64 di Masjid Jamek An Nur pada Isnin.

Bashir yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan menyeru kepada  umat Islam supaya mengisi  kemeredekaan Negara mengikut ajaran serta cara yang dianjurkan oleh agama.

Beliau  juga  turut mengajak umat Islam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID 19, kerana  Islam adalah agama  prihatin  dan insan yang beriman pastinya  mempunyai sifat keprihatinan terhadap keperluan dan kesukaran  yang dialami orang lain terutama sewaktu mereka dalam kesusahan.

Bersesuaian dengan tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu  “Malaysia Prihatin” keperihatinan seluruh rakyat  amat jelas kelihatan ketika ramai yang kehilangan keluarga, terputus sumber pendapatan, hilang pekerjaan dan pelbagai dugaan lain yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran”, katanya.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bakul makanan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi dan menangani pendamik COVID 19.

Program anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) dan PDRM itu telah dhadiri kira-kira 400 umat Islam yang terdiri daripada anggota keselamatan, pemimpin masyarakat dan juga pemimpin badan bukan kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN