25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Keningau diingatkan patuh SOP berikutan Kluster Jambatan Liawan

GAMBAR – Mohd Yazmie….Kawalan kendiri secara ketat sangat penting.

KENINGAU: Masyarakat di daerah ini diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat berikutan wujudnya Kluster Jambatan Liawan di daerah ini.

Naib Ketua Armada Bahagian Keningau, Mohd Yazmie Bin Yazid berkata, kawalan kendiri secara ketat ini adalah sangat penting bagi mengelakkan penularan pandemik secara berleluasa di daerah ini.

“Kita perlu bantu barisan hadapan untuk mengentikan penularan pandemik khususnya daripada kluster Jambatan Liawan ini, kita berikan masa kepada barisan hadapan untuk menjejaki semua kontak rapat dan seterusnya menjalani kuarantin.

“Akan tetapi jika masyarakat tidak mengawal diri untuk berdiam di rumah ianya menyukarkan lagi tugasan barisan hadapan untuk menjejaki kontak rapat kerana akan berlaku lebih ramai lagi kontak rapat daripada kluster ini.

“Oleh itu, kami berharap masyarakat dapat mengurangkan aktiviti luar kecuali mempunyai urusan penting yang tidak dapat dielakkan dan hal kecemasan,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Selain itu katanya, berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha musim ini, beliau turut menyeru agar setiap individu dapat mengawal diri masing-masing dan tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung bagi mengelakkan peningkatan kes positif Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu katanya, biarlah sambutan ini dirayakan di rumah masing-masing dan beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua yang menyambutnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN