31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Ar-Rahman Ranau boleh digunakan sementara tunai solat Aidilfitri

Masidi (tengah) ketika melawat Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau, pada Sabtu


RANAU: Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau, yang kini hampir siap, akan dibuka dan boleh digunakan sementara bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal tahun ini.

Pembukaan sementara itu dimaklumkan sendiri Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, dewan utama Masjid yang boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu masa sudah siap untuk kegunaan solat Aidilfitri sahaja, dan akan ditutup selepas itu bagi membolehkan kerja-kerja penyiapan dan kemasan diteruskan.

“Kerja-kerja akhir dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan lagi,

“Projek pembinaan masjid ini sepatutnya siap tahun lalu tetapi tertangguh berikutan kegagalan kontraktor memenuhi jangka masa ditetapkan,” katanya kepada media ketika dihubungi selepas mengadakan lawatan di masjid itu pada Sabtu.

Masjid Ar-Rahman dirobohkan selepas mengalami keretakan dan runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku pada 2015.

Projek pembinaan semula masjid itu yang dimulakan pada penghujung tahun 2017 sepatutnya siap pada 2019, namun tertangguh berikutan perlaksanaan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) selepas negara dilanda Covid-19, selain kegagalan kontraktor meneruskan kerja-kerja selepas itu.

Reka bentuk masjid pertama di Sabah itu, dibina berasaskan teknologi hijau serta dapat mengurangkan risiko gegaran gempa bumi, menelan kos RM11.15 juta pada ketika itu menggunakan peruntukan kerajaan pusat

Masjid itu juga bakal dilengkapi dengan penjanaan elektrik menggunakan tenaga solar dan turut mempunyai ruang pejabat, bilik mesyuarat, galeri, tempat wuduk, tandas awam, bilik pengurusan jenazah, tempat riadah dan istirahat awam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN