25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Al-Muzakirullah agih 100 bungkus makanan sepanjang Ramadan

JAKIAH (kiri) menyampaikan bungkusan makanan sumbangan masjid Al-Muzakirullah kepada Jemaah selepas waktu Aksar setiap hari.

LABUAN: Masjid Al-Muzakirullah Kampung Lubok Temiang Wilayah Persekutuan Labuan telah mengaggihkan  100 bungkus makanan bermasak kepada penduduk kampung dan orang ramai yang melalui Jalan Lubok Temiang setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi Masjid Al-Muzakirullah, Jakiah Awang berkata agihan makanan tersebut diadakan pada setiap hari secara pandu lalu (drive thru)  bermula jam 4.15 petang.

Justeru itu katanya, jemaah dan penduduk kampung dialu-alukan untuk mengambil makanan tersebut.

“Alhamdulillah bantuan sedekah orang ramai yang hadir setiap malam ke masjid dan  bantuan orang kampung serta sahabat dari luar Labuan telah membantu pihak masjid menjayakan misi ini”

“Semoga rezeki para penyumbang tidak putus dan sentiasa diberkati” tambahnya” katanya selepas mengaggihkan bungkusan makanan bermasak kepada Jemaah dan orang ramai yang melalui jalan Lubok Temiang, pada Selasa.

Jakiah berkata, projek Penyungkaian@ Lubok* telah bermula sejak 13 April lalu dan bagi melancarkan program itu berjaya, pihak masjid telah melancarkan tabung khas untuk projek tersebut.

Jelas beliau projek tersebut memerlukan kos yang tinggi pada setiap hari.

“Anggaran perbelanjaan projek ini menjangkau sehingga RM500 sehari dan hampir RM15,000 sebulan”  katanya.

Beliau berkata, semua sumbangan tersebut akan digunakan untuk penyungkaian dan berbuka puasa secara bungkus.

Sementara itu katanya, orang ramai yang ingin menyumbang juga boleh menghubungi individu yang diamanahkan iatu beliau sendiri (Jakiah), Jamal Ejob (Bendahari),  Jamian Ngadi (Ketua Imam) dan Lamit Salleh (Ketua Bilal).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN