26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Al-Munawar Pohon Batu agih bubur lambuk

AGIH…. Haryadi mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

LABUAN: Jawatankuasa Masjid Al-Munawar mengagihkan  sebanyak 200 pek  bubur lambuk kepada  penduduk kampung Pohon Batu secara pandu lalu yang diadakan  di Jalan Masjid Al- Munawar Kampung Pohon Batu baru-baru ini.

Pengerusi Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu Haryadi Omar berkata, sumbangan tersebut turut diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Katanya,  program tersebut mendapat kerjasama anggota polis dari Balai Polis Lubok Temiang yang mengawal laluan trafik.

PELAKSANA…. Haryadi (empat dari kiri) bersama AJK Masjid Al-Munawar  dan anggota polis yang nelaksanakan  program tersebut

Turut hadir menyampaikan bubur lambuk itu ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Hajah Niswati Tarji dan Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Yassim Amin.

Dalam pada itu, Haryadi tidak lupa mengucapkan  terima kasih kepada semua AJK Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu yang membantu melancarkan program tahunan itu.

“Alhamdulillah  program pengagihan  bubur lambuk berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dan komitmen semua AJK Masjid.

“Terima kasih juga kepada anggota polis dari Balai Polis Lubok Temiang yang mengawal lalu lintas sekaligus melancarkan aliran lalu lintas di kawasan berkenaan” katanya selepas mengetuai agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di   Kampung Pohon Batu.

Beliau turut berharap menerusi agihan bubur lambuk itu akan dapat merapatkan lagi hubungan antara kami dengan Jemaah, penduduk kampung dan warga Wilayah Persekutuan Labuan amnya.

Selain itu katanya, beberapa program lain  turut dirancang pada tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan PKPP yang sedang dikuatkuasakan di pulau ini.

Jisteru itu, beliau mengajak penduduk Kampung Pohon Batu yang beragama Islam untuk sama-sama mengimarahkan masjid khususnya solat sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadan.

“Segala persiapan dilakukan berdasarkan prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penulatan pendemik COVID 19’ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN