25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masidi terima kunjungan hormat MP Ranau

Datuk Masidi (kanan) menyampaikan Cenderakenangan kepada Datuk Jonathan mewakili rombongan disaksikan yang lain.

RANAU: Serombongan 24 orang warga kerja dan staf Pejabat Khidmat Rakyat Parliman Ranau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II, Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun di bangunan Wisma Innoprise Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketibaan rombongan  yang telah diketui Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin telah disambut mesra oleh Datuk Masidi bersama para pegawai kementerianya termasuk Setiausaha KKTP, Datuk Dr.Jamili Nais.

Masidi merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan tersebut yang merupakan julungkali diadakan sebagai titian mesra serta ikatan Silaturrahim sedia terjalin antara kedua belah pihak.

Datuk Jonathan pula mewakili rombongan ketika ditemui, berterima kasih kepada Datuk Masidi kerana sudi menerima kunjungan rombongannya yang  sudah lama dirancang tetapi tertangguh berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara malah seluruh dunia sejak dua tahun lepas.

“Namun hasrat kami untuk mengadakan kunjungan hari ini tidak akan mematahkan semangat kami dan mengharapkan  dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, antara Parlimen Ranau dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di bawah kementerian Datuk Masidi”, jelas Datuk Jonathan.

Kunjungan berakhir dengan pertukaran Cenderakenangan antara kedua belah pihak dan rombongan disajikan dengan  minuman ringan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN