25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masidi Manjun FANS (MMF) Himpun Sokongan Rakyat Ranau di Dunia Maya

RANAU : Penubuhan platform Media sosial ‘Masidi Manjun FANS (MMF)’ membolehkan masyarakat khususnya di Daerah Ranau mendekati dan mengikuti perkembangan Datuk Seri Masidi Manjun di mana sahaja mereka berada.

Dalam era media sosial masa kini, perkembangan dan trend semasa dapat diikuti dengan begitu pantas, sekali gus menjadikan penyebaran maklumat serta interaksi antara pemimpin dan masyarakat lebih efisien dan meluas.

Dengan adanya platform tersebut, MMF telah menganjurkan Program Coffee Break with Masidi x Anak Muda — Vol 2.0 yang bertempat di Kibbas Junction, di sini. Program ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran ramai golongan belia.

Penganjuran program ini bertujuan mendekatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, khususnya golongan belia, di mana mereka berpeluang mengemukakan soalan, pendapat serta cadangan secara bersemuka dengan beliau.

Pengguna media sosial boleh mengikuti perkembangan dan program melalui platform Facebook, TikTok dan Instagram menerusi carian ‘Masidi Manjun FANS’. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha hasil MMF dan Pergerakan Muda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) DUN Karanaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN