Robert (baju putih) bersama rombongan semasa melawat Kampung Sasaie.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya
Datuk Robert Tawik @ Nordin berharap masalah bekalan air di Kampung Sasaie Bingkor dapat diatasi.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN ) Bingkor meyuarakan harapan itu selepas membuat lawatan dan meninjau masalah masalah bekalan air di kampung itu kelmarin.
Menurut Robert lawatan itu bertujuan membincangkan dan menyelesaikan permasalahan bekalan air di kampung tersebut.
Bersama dengan Robert ialah Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Nurhassanal Jinal.
Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
kampung itu Majakus Tulin dan Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM ) N.&40 Bingkor.