27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Maritim M’sia tahan bot tunda bersama tongkang di perairan Labuan

DITAHAN… Bot tunda bersama tongkang yang ditahan oleh Maritim Malaysia zon Labuan, pada Rabu.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  Zon Labuan menahan sebuah bot tunda bersama sebuah  (tongkang) barge kerana beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan di perairan Labuan.

Pengarah Maritim Zon Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata,  bot tunda bersama tongkang berkenaan  ditahan  pada kedudukan 1.2 batu nautika dari perairan Labuan kira-kira jam 12.45 tengah hari  pada Rabu  oleh  sepasukan anggota Maritim yang sedang membuat rondaan rutin di  perairan Labuan.

 “Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda dan tongkang berkenaan dikendalikan oleh empat kru warga tempatan termasuk nakhoda yang berumur antara 28 hingga 53 tahun.

.KAPTEN (MARITIM) Nudin Jusoh.

Kesemua mereka  telah disyaki melakukan kesalahan kerana belayar melebihi had pelayaran seperti yang tertulis dalam  lesen pelayaran” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 Beliau berkata,  berdasarkan maklumat yang tertera dalam lesen, bot tunda bersama tongkang berkenaan hanya dibenarkan beroperasi  di kawasan periaran Kudat  Sabah sahaja.

Jelasnya lagi,  bot tunda dan tongkang bersama   nakhoda kapal serta kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN