27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Maritim Malaysia Zon Labuan tahan kapal tangki atas lima kesalahan

GAMBAR: DITAHAN… Kapal tangki yang ditahan oleh Maritim Malaysia zon Labuan pada Khamis.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) zon Wilayah Persekutuan Labuan telah menahan sebuah kapal tangki atas lima kesalahan yang dilakukan di kedudukan 25 batu nautika barat laut Pulau Labuan, pada Khamis.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, kira-kira jam 1 petang ketika kapal peronda KM Bisgtari   yang  melaksanakan  Ops Khas Kuda Laut telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah  kapal tangki yang berdaftar di Malaysia.

“Hasil pemeriksaan ke atas dokumentasi kapal, pihak Maritim Malaysia telah menemui beberapa kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 antaranya gagal mempamerkan dokumen insurans kapal, gagal mempamerkan dokumen Port Clearance, serta gagal mempamerkan dokumen senarai krew yang sah.

“Semasa diperiksa, kapal terbabit dikendalikan oleh seorang kapten kapal bersama tujuh orang krew terdiri daripada warganegara Malaysia, Filipina, dan Myanmar yang berusia lingkungan 21 hingga 47 tahun.” Katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarrin.

Selain itu katanya, pemeriksaan juga mendapati kapten bersama ketua jurutera gagal mempamerkan dokumen kompetensi dan kelayakan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Hafiz lagi, kapal bersama kapten dan kesemua krew telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut sambil menambah  kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Jelas Mohd Hafiz, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut. 

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut atau kes mencari dan menyelamat khususnya di perairan Labuan boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN