29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Maritim Malaysia Zon Labuan giat carilamat Kru Bot Nelayan Terjatuh ke laut.

Anggota Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan ketika melakukan operasi carilamat disekitar perairan Tanjung Kubong.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan dan Pasukan Polis Marin Labuan terus melakukan operasi carilamat susulan seorang kru bot nelayan dilaporkan hilang, dikhuatiri terjatuh di perairan laut Tanjung Kubong sejak pagi Rabu.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, Maritime Rescue
Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah menerima maklumat mengenai kejadian itu pada
pukul 11.00 pagi
daripada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan.

“Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di kedudukan sekitar 7.8 batu nautika utara
Tanjung Kubong.

“Pihak Maritim Malaysia turut dimaklumkan usaha pencarian awal telah dilakukan oleh kru
vesel nelayan terbabit, namun mangsa gagal ditemui,” jelas Izwanhadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Rosli bin Awit, 49, warganegara Malaysia, dipercayai terjatuh ke laut kira-kira pukul 8.43 pagi

Sementara itu, Pegawai Pemerintah KM Adil Zon Maritim Labuan, Leftenen Komander Maritim Mohd Badri Barid Abdullah yang mengetuai operasi carilamat itu berkata, seramai 40 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dengan kawasan pencarian meliputi 68 batu nautika sambil mengharapkan mangsa dapat ditemui.

“Maritim Malaysia telah menggerakkan aset KM Lahad Datu dan Bot Penggalang 24 ke lokasi kejadian, manakala Pasukan Polis Marin menggerakkan aset PSC 1, bagi melaksanakan operasi pencarian”, katanya ketika ditemui pemberita Jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan, pada Khamis.

Operasi pencarian itu juga turut dibantu oleh bot-bot nelayan tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN