26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kes penipuan melalui pelbagai medium di Ranau meningkat.

Statistik itu menunjukkan peningkatan kes penipuan bagi Daerah Ranau sebanyak 38 kes atau 380 peratus

DSP Sammy Newton

RANAU: Mangsa kes penipuan melalui pelbagai medium termasuk dalam talian melibatkan masyarakat di daerah ini meningkat dan semakin membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sammy Newton (gambar) berkata, tahun ini, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah membuka sebanyak 48 kertas siasatan sehingga bulan November berbanding 10 kertas siasatan yang di buka pada tahun 2019.

Katanya, statistik itu menunjukkan peningkatan kes penipuan bagi Daerah Ranau sebanyak 38 kes atau 380 peratus

“Walaubagaimanapun, nilai kerugian yang di laporkan didapati menurun sebanyak RM64,329.OO atau 19.97 peratus iaitu daripada RM322.080.OO bagi tahun 2019 kepada RM2S7,751.OO bagi tahun ini,

“Antara bentuk (mo) penipuan yang di laporkan di daerah ini adalah seperti tipu pelaburan, pinjaman yang tidak wujud, waran kerja, pembelian tanah, penawaran projek yang tidak wujud, pemalsuan dokumen, jual beli kenderaan yang tidak wujud, katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Selain itu jelas beliau, bentuk penipuan yang turut dilaporkan mangsa ialah, tipu TAC (Technology Against Crime), pengeluaran wang daripada akaun, kebajikan, menyamar sebagai penjawat awam (macau scam), tipu Parcel (Love scam) dan E-Dagang (mudah.my/facebook/instagram) melibatkan jual siling lama, jual beli kenderaan, jual pelitup hidung dan mulut (mask), jual beli barangan elektronik, jual beli telefon bimbit terpakai.

Menurut DSP Sammy, sehingga November tahun ini , 80 peratus aduan yang diterima adalah berkaitan dengan pinjaman yang tidak wujud manakala 15 peratus aduan adalah berkaitan dengan pelaburan yang tidak wujud. 5 peratus Iagi adalah aduan melibatkan pelbagai penipuan.

“Daripada kajian yang dibuat didapati golongan pelajar dan orang awam merupakan mangsa terbesar kegiatan ini iaitu hampir 80 peratus daripada aduan yang diterima. Manakala 20 peratus Iagi melibatkan kakitangan awam yang masih berkhidmat dan yang telah bersara,

“Terdapat dua modus operandi yang sering dilakukan oleh penjenayah di dalam kegiatan penipuan di daerah ini iaitu melalui perjumpaan bersemuka dengan mangsa yang dikenali dan juga melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Wechat dan laman sesawang penjualan barang atas talian,” katanya.

DSP Sammy menjelaskan, peningkatan kes melibatkan kegiatan penipuan di daerah ini amat mengusarkan dengan kes penipuan tertinggi yang dilaporkan adalah penipuan pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

Justeru itu, DSP Sammy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam apa juga urusan dengan orang yang tidak di kenali mahupun yang dikenali. Selain itu gesanya, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada terutama ketika mendapat panggilan dari mana-mana agensi penguatkuasa dan meminta data peribadi terutama data perbankan.

“Perlu diingatkan, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan atau meminjamkan sebarang akaun milik sendiri kepada sesiapapun untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan salahguna akaun untuk tujuan penipuan yang akan menyebabkan pemilik akaun didakwa di bawah seksyen tertentu.

“Sekiranya orang ramai merasa curiga dan was-was dalam urusan dalam talian atau apa juga urusan yang mencurigakan, hubungi balai polis yang berdekatan atau terus menghubungi nombor hotline IPD Ranau 088-878476 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil 088-875222 samb 226, orang ramai juga boleh terus melayari laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

“Selain dari itu orang ramai boleh melawat mana-mana page facebook PDRM Polis Daerah Ranau, Komersil IPD Ranau untuk berkongsi dan mengetahui apa-apa juga jenayah yang berlaku sekarang.

“Sentiasa beringat jangan hanya kerana mempunyai sikap tamak dan keinginan yang tinggi mengakibatkan anda mengalami kerugian. Jenayah membawa padah,” tambah DSP Sammy.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN