24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa banjir di PPS dapat perhatian NGO dan sukarelawan Tuaran.

SUMBANGAN…. Jahid menyerahkan sumbangan kit kebersihan dari BSMM Daerah Tuaran kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Tamparuli Siti Faizah Asli.

TAMPARULI: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di daerah Tuaran.

Petang tadi, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tuaran turut sama menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan dengan mengagihkan sebanyak 25 set kebersihan (hygiene kit) kepada dua PPS iaitu Dewan Tun Hamdan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran. 

Program singkat penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Jahid yang juga Pengerusi BSMM Daerah Tuaran berharap sumbangan itu dapat memberi manfaat kepada semua keluarga yang terlibat sepanjang berada di situ.

Turut hadir Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Kevin Lo, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran Jamlin Ladin, Pegawai APM Daerah Tuaran Paulina Francis, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tamparuli, Siti Faizah Asli dan Pegawai Penerangan Tuaran, Malina Jamarin.

Untuk rekod, Dewan Tun Hamdan menempatkan seramai 38 orang mangsa yang terdiri daripada 9 buah keluarga sejak 17 Januari lalu manakala SK Pekan Tuaran menempatkan 65 orang mangsa terdiri daripada 15 buah keluarga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN