30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Manfaatkan cuaca baik untuk memperhebat kerja-kerja membina dan menyelanggara infrastruktur

Kong Soon Choi -Timbalan Ketua Wiramuda STAR Sabah

▪︎

Oleh :Wartawan BBD

RANAU – Timbalan Ketua Wiramuda Parti Star Sabah, Kong Soon Choi menggesa pihak berwajib khasnya yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan seperti jalan raya,cerunan bukit dan tebingan sungai mengambil kesempatan dalam musim keadaan cuaca cerah dan kemarau ini untuk memperhebatkan kerja-kerja membaiki kerosakan tertentu.

Katanya, kerja-kerja seperti pembaikan jalan raya, cerunan bukit dan tebingan sungai yang sering terganggu ketika musim tengkujuh perlu dilaksanakan segera ketika ini memandangkan keadaan cuaca semakin cerah dan hujan agak berkurangan.

“Taburan musim hujan di Sabah agak panjang sebelum ini. Syukur sejak beberapa minggu ini nampaknya perubahan cuaca semakin baik dan cerah. Dalam keadaan cuaca seperti ini elok juga jika kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan jalan-jalan rosak, cerunan bukit yang runtuh atau tebingan sungai dibaiki segera oleh pihak berwajib kerana kerja-kerja seumpama itu sering terganggu ketika musim hujan”, jelas Kong dalam satu kenyataan kepada Wartawan Borneo Daily Bulletin.

Tambahnya lagi, beliau sedar terdapat kekangan kos untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang berskala besar, namun kerja-kerja yang boleh dilaksanakan pembaikan segera yang berskala kecil dan sederhana dan memakan masa yang singkat tidak mustahil boleh dijalankan ketika musim cuaca cerah dan kemarau.

Sebelum ini musim hujan berpanjangan di negeri Sabah menyebabkan beberapa struktur jalanraya,cerunan bukit dan tebingan sungai mengalami kerosakan. Terdapat juga kawasan-kawasan penduduk kampung yang dilanda banjir kilat seperti daerah Penampang, Kota Marudu,Beaufort dan Membakut yang menyebabkan kerosakan harta benda agak teruk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN