Azman (gambar atas kiri), Julubin (bawah) dan Moris (kanan)
RANAU: Majoriti warga daerah ini bersedia menerima imunisasi suntikan Vaksin Covid-19 bagi memutuskan rantaian wabak itu yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ramai yang ditemui memuji kerajaan Malaysia kerana dapat memperoleh vaksin tersebut dengan cepat dan teliti untuk mendepani Covid-19 yang belum pasti bila akan berakhir.
“Dengan adanya vaksin tersebut sedikit sebanyak dapat mengekang penularan wabak itu yang sukar dilihat dengan mata kasar”, jelas Pembantu Pegawai Perhubungan Parlimen (PPPPR) Ranau, Julubin Harun.
“Sayapun sudah bersedia untuk menerima suntikan imunisasi Vaksin tersebut pada bila-bila masa”,jelas Moris Majangki juga Pembantu Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau.
“Rakyat akar umbi seharusnya yakin diri dan tidak was-was bersedia untuk menerima imunisasi (suntikan) vaksin tersebut, kerana sudah ramai yang diimunisasi termasuk Perdana Menteri Malaysia sendiri dan para pemimpin yang lain termasuk Frontliners”, tegas pembantu Penolong Pegawai Perhubungan Luar Parlimen Ranau, Azman Bin Abd. Aziz.
Suzi (kiri) dan Missy
Dua orang lagi yang sempat ditemui, Suzi Munyan, dari Kg. Namaus Bongkud Ranau dan Misi Binti Sambulang dari Ranko Paka 2, keduanya turut menyeru orang ramai agar menerima dan bersedia untuk diimunisasi sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19.
Menurut mereka, Pfizer BioNTech dari kilang Puurs Belgium itu tidak sepatutnya diragui atau ditakuti kerana sudah melalui pelbagai peringkat pengesahan dan penelitian antarabangsa sebelum di edarkan seluruh dunia termasuk Malaysia.