28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Penutupan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Zon Sabah 2025

Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Zon Sabah Sesi 2025/2026 bersama dif-dif kehormat.


RANAU: Seramai 101 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Zon Sabah bersama 15 orang pensyarah dan pegawai pengiring telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Zon Sabah 2025 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 21 hingga 23 April 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang.


Kursus ini merupakan sebahagian daripada Kursus Kepimpinan Sinergi JPP IPGM Kampus Zon Sabah anjuran bersama Akademi Kenegaraan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan IPGM Kampus Gaya dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Gaya, Dr Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah, pada Rabu, 23 April 2025.


Program ini mengumpulkan semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Kampus Zon Sabah yang merangkumi IPGM Kampus Gaya, IPGM Kampus Kent, IPGM Kampus Keningau dan IPGM Kampus Tawau.


Kursus ini merupakan kursus kepimpinan yang menyumbang kepada pembentukan generasi pendidik yang berwibawa, berintegriti dan berwawasan.


Antara aktiviti pengisian sepanjang program ini ialah Slot Wacana Minda: Malaysia MADANI, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti Aktiviti Explorace: Interaktif Kenegaraan dan Aktiviti “Smart Tunnel”.


Dr Linah dalam ucapan perasmiannya berkata, “Sesi tersebut bukan sahaja memberi pendedahan yang bermakna kepada para peserta malah mampu menyemai semangat jati diri, kecintaan kepada negara serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.


“Modul yang digunakan bagi kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan yang bermakna kepada para peserta malah mampu menyemai semangat jati diri, kecintaan kepada negara serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia,” katanya.


Beliau turut menyuarakan berkenaan harapan beliau agar kerjasama strategik, jaringan dan jalinan antara pihak IPGM dengan Akademi Kenegaraan Malaysia ini dapat diperkukuh lagi demi melahirkan siswa guru yang tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mempunyai semangat kenegaraan yang unggul.


Turut serta dalam majlis perasmian penutupan tersebut ialah Penolong Pengarah AKM Negeri Sabah, Mohd. Amizie bin Mohd. Salleh, Wakil Pengarah IPGM Kampus Tawau, Dr. Asri Ispal, Wakil Pengarah IPGM Kampus Kent, Dr. Effendy Yusof, Wakil Pengarah IPGM Kampus Keningau, Afinah Matsud dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Gaya, Sefiah binti Ab Kahar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN