26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis pelancaran Our Lady of Lourdes’ Death March Shrine, 16 Disember 2021: Fr Nicholas

Fr Nicholas (kiri) memantau status pembinaan shrine tersebut yang hamper siap dan akan dirasmikan pada 17 Disember depan

RANAU: Gereja Katolik St Peter Claver Ranau (SPCR) akan menganjurkan majlis pelancaran Our Lady of Lourdes’ Death March Shrine, di mana perasmian akan dilakukan oleh Uskup Agung Kota Kinabalu, Datuk John Wong di sini pada 16 Disember 2021.

Rektor SPCR, Rev Fr Nicholas Stephen berkata, tujuan asal pembinaan shrine ini ialah bagi mendoakan jiwa-jiwa yang terkorban semasa musim Jepun dan juga jiwa-jiwa mereka yang tidak pernah didoakan.

“Saya bersama Fr Francis Tsen tergerak hati untuk mendirikan tugu atau shrine ini sebab kita tahu di seluruh dunia kalau ada mangsa-mangsa peperangan dan seumpamanya, kita hanya dirikan tugu peringatan. Tapi tiada tugu yang didirikan khas untuk mendoakan jiwa-jiwa mereka.

“Berdekad selepas Perang Dunia Kedua, banyak jiwa-jiwa yang terkorban secara tanpa bersedia dan sebab itulah jiwa-jiwa mereka tidak tenang. Dan sebagai seorang Kristian Katolik, menjadi tanggungjawab kita mendoakan mereka yang telah pergi, lebih-lebih lagi yang pergi dengan tidak tenang.

“Kita percaya ini sebab ada dalam Alkitab, 2 Maccabe ada menceritakan tentang askar-askar yang mati dalam peperangan ditemui dengan tangkal-tangkal terlekat pada badan mereka. Justeru dijalankan persembahan bagi memurnikan jiwa-jiwa yang telah meninggal,” katanya.

Fr Nichoas berkata, Gereja Katolik juga menggalakkan untuk umatnya mendoakan jiwa-jiwa di api penyucian.

“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang masih hidup, kerana mereka yang di api penyucian tidak dapat mendoakan untuk jiwa mereka sendiri.


“Seperti juga Santa Monica, yang memberitahu kepada anaknya, Santo Augustine selepas pertobatannya.

Katanya, biar badannya dikuburkan di perkuburan orang-orang kudus, tidak menjamin keselamatannya, tapi melainkan doa-doa yang dipanjatkan dalam Misa Kuduslah yang menyelamatkan jiwa,” katanya.

Justeru, tergerak oleh belas kasihan apabila mengenangkan jiwa-jiwa ini yang belum tenang di alam sana, Fr Nicholas dan Fr Francis membuat inisiatif untuk mendirikan shrine ini, tambahan pula apabila ramai yang pernah mengalami penglihatan, terutama sekali bayangan askar-askar Death March di sekitar kawasan Ranau.

Menurutnya, banyak roh-roh yang tidak didoakan terutama sekali askar-askar yang terkorban dalam Death March pada tahun 1945.

Dengan terdirinya Our Lady of Lourdes’ Death March Shrine ini, Fr Nicholas jangkakan bahawa ia juga akan menjadi suatu landmark bagi Ranau suatu hari nanti, di mana pengunjung dari Brittain, Australia, New Zealand dan lain-lain yang punya saudara yang terkorban dalam perang dunia yang lalu boleh datang menziarahi shrine ini sambil mendoakan roh-roh moyang bapa, datuk atau moyang mereka.

“Dan di sini memberikan mereka harapan, kerena berbeza dengan tugu peringatan lain di mana mereka menghormati dan memperingati mereka yang telah pergi, di sini kita mendoakan roh-roh serta jiwa-jiwa yang telah pergi dengan tiada ketenangan supaya mereka pergi dengan damai.

“Kerana jiwa-jiwa yang telah dimurnikan dalam api pencucian, mereka pula akan doakan para keluarga mereka yang masih di dunia ini,” katanya.

Dalam upacara prasmian dan pemberkatan Our Lady of Lourdes’ Death March Shrine pada 16 Disember ini nanti juga akan di adakan penyimpanan time capsule, di mana kotak ini akan dibuka 100 tahun akan datang.

“Dan sesiapa yang berniat untuk menyimpan peringatan dalam time capsule tersebut boleh lah menghubungi pihak gereja untuk maklumat lanjut,” jelas Fr Nicholas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN