30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS MANITIR (KENDURI ARWAH ) PAPIMDI DEWAN MASJID DAERAH PUTATAN.

Gambar kenangan Ahli PAPIM dan Pengerusi Masjid Daerah Haji Kahar Mohd Zain

Oleh: Haji Mohd Amin Haji Muin


PUTATAN: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping di Kota Kinabalu (PAPIM) mengadakan Majlis Kenduri Arwah ( Manitir) di Dewan Masjid Daerah selepas solat Zohor pada Ahad.


Aktiviti amal pertama PAPIM ini dihadiri oleh lebih 50 orang ahli-ahli PAPIM dan jemputan AJK Masjid yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Kahar Mohd Zain.


Majlis tahlil dan doa dipimpin oleh Imam Masjid Daerah, Norisham Pura.


Pengerusi PAPIM’ Haji Ahmad Dipong berkata acara ini bukan saja untuk sambutan menjelang Ramadan juga untuk menghimpunkan anak-anak Kg Pimping yang menetap di kawasan Pantai Barat.


Katanya berkat kerjasama semua ahli dan bukan ahli PAPIM yang turut menyumbang sedekah ikhlas dan hadir pada majlis itu membolehkan Majlis Manitir ini berjalan dengan lancar.


” Saya bagi pihak PAPIM merakamkan yerima kasih atas derma ikhlas yang dihulurkan,” katanya.


Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Pengerusi dan AJK Masjid Daerah Putatan kerana membenarkan PAPIM menggunakan ruang dewan untuk majlis amal ini.

AHLI- Ahli PAPIM bergambar kenangan sebelum majlis bermula.


Haji Ahmad berkata majlis yang menjadi amalan masyarakat Islam di Sabah ini membolehkan ahli-ahli PAPIM ‘menyedekah’ doa ibu bapa, sanak saudara dan rakan- rakan yang telah pergi menemui Illahi.


“Apa yang paling penting majlis ini dapat mempertemukan rakan-rakan sekampung yang jarang-jarang bertemu kerana kesibukan dengan aktiviti harian masing-masing,” katanya.


Beliau berkata aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada tahun- tahun yang akan datang.


Sementara itu Tuan Haji Kahar dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kegiatan amal seperti ini yang bukan saja dapat mengukuhkan ukhwah kalangan masyarakat Islam di kawasan ini.


Turut hadir pada majlis ini Presiden Presbah, Haji Yahya Ahmad, bekas Pengarah Jabatan Hutan, Haji Awang Tengah Hj Amin, bekas Pengarah Imigresen, Haji Aliamat Idris dan AJK PAPIM.


Pada majlis itu PAPIM juga menyampaikan wang tunai sebagai infak kepada Masjid Daerah Putatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN