BERMUAFAKAT….Nasimin (tiga dari kanan) merakam gambar bersama Jawatankuasannya yang hadir.
RANAU: Majlis Hari Keluarga Pisompuruan Aki Kaunda (PISAKA), akan diadakan di Dewan Marandawi Kg.Tungou di sini pada 14 September bermula jam 2.00 petang.
Pengerusi PISAKA yang juga Pengerusi Induk Jawatankuasa pelaksana majlis tersebut, Nasimin Yantangon memberitahu program tahunan itu antara lain bertujuan untuk memantap serta memperkukuhkan lagi silaturrahim dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan ahli keluarga Pisaka.
Menurutnya, pelbagai acara bakal diadakan sempena majlis itu termasuklah sukaneka yang akan dijalankan pada sebelah pagi di padang SK.Tungou sehingga jam 2.00 petang diadakan majlis perasmian yang dijangka disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin.
“Majlis tersebut akan diserikan dengan paluan gong dan tarian Sambut Tamu oleh para belia-beliawanis dan kanak-kanak keluarga Pisaka, disusuli persembahan alat muzik tradisional seperti Sompoton dan Bungkau oleh ahli keluarga Pisaka”, jelas Nasimin ketika ditemui selepas selesai mempengerusikan satu mesyuarat Jawatankuasa pelaksana baru-baru ini.
Menurutnya lagi, turut dia adakan sempena majlis itu ialah, penyampaian sumbangan kepada Warga Emas ‘Paling Tua’ selepas jamuan makan dan minuman halal.
“Kita juga akan menjemput beberapa orang artis tempatan untuk hadir menyerikan majlis tersebut.
“Kita mengharapkan kehadiran ramai ahli keluarga Pisaka tahun ini, bukan seperti sebelum ini kehadiran agak kurang ekoran pendemik Covid-19”, tambah Nasimin.
           Â



