29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Anugerah Kecemerlangan, pengiktrafan kejayaan pelajar- Jonathan Yasin

Oleh : Salwah Aramat

RANAU : Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin menyifatkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sebagai satu pengiktirafan pencapaian terbaik kepada pelajar dalam aspek Kurikulum dan bidang Kokurikulum.

Beliau berkata, murid-murid yang mengukir kejayaan terbaik dalam bidang Kokurikulum perlu diberikan motivasi dan penghargaan oleh pihak sekolah supaya lebih meraih kejayaan dan menjadi generasi yang berwibawa pada masa akan datang.

Menurutnya, persaingan diperingkat global kini semakin terasa dan para pelajar harus bersedia bukan sahaja mencapai kecemerlangan dari segi akademik malah kemahiran termasuk bidang Kokurikulum bagi membantu meningkatkan disiplin ‘Living Skill’ setiap pelajar.

“Kegemilangan sesebuah sekolah juga bergantung kepada komitmen semua pihak sama ada pentadbir, guru-guru, murid-murid mahupun masyarakat setempat.

“Impaknya yang besar ialah, kerjasama guru-guru dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi melahirkan generasi pelajar yang mampu bersaing dengan sekolah lain meletakkan sekolah ini menjadi sekolah yang terbaik di Sabah dan diseluruh Malaysia”, jelas Jonathan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat SMK.Matupang Jaya di sini baru-baru ini, yang teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Politiknya, Benedict Gunda.

Jonathan yang juga Pengerusi Koko Malaysia turut memuji komitmen semua guru pemimpin setiap bidang di SMK Matupang Jaya kerana melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja menyinar di peringkat sekolah, malah diperingkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Turut disampaikan  Anugerah Terbaik setiap Unit ialah Anugerah 3K, Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik (lelaki dan perembuan), Olahragawan dan Olaragawati, Anugerah Khas Komuniti dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Kokurikulum (Guru) 2019.

Turut berucap ialah, Pengetua SMK. Matupang Jaya, Lamri Dikun dihadiri lebih 100 warga sekolah

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN