Abd Aziz (lima dari kanan), bersama pengusaha cendawan di Laman Cendawan MAIWP Labuan.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), melancarkan Projek Laman Cendawan untuk asnaf di kampung Sungai Buton, dekat sini, pada Khamis
Projek Laman Cendawan milik MAIWP Labuan yang bernilai RM193,720.00 bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan para usahawan asnaf.
Abd Aziz yang juga Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP ketika melancarkan projek itu berkata, ia melibatkan pembinaan lima buah rumah cendawan berkeluasan 300 kaki persegi yang mampu memuatkan 4,000 bungkah cendawan pada satu satu masa.
“Projek ini juga merupakan projek rintis sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur bertujuan untuk membantu usahawan asnaf berdikari dan keluar dari kepompong kemiskinan.
“ Setiap rumah cendawan dikendalikan oleh seorang usahawan cendawan dari golongan asnaf yang mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian” katanya.
Justeru itu, Abd.Aziz berharap projek yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian Labuan, Pertubuhan Peladang dan FAMA ini akan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh usahawan cendawan tersebut sekaligus memperlihatkan MAIWP mampu melahirkan lebih ramai ikon asnaf disamping mendokong misi dan visi keterjaminan makanan negara.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, Haji Abdul Hakim Amir Osman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ MAIWP, Mohammad Hassan,
Turut hadir Pengarah Jabatan pertanian Labuan, Marysia Modingin, dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad, Pengurus MAIWP Labuan.