Gambar: SERAH… Ustaz Saifuddin (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima Program MAIWP Prihatin.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan memperuntukan lebih RM4.7 juta sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peruntukan tersebut disalurkan kepada holongan asnaf, orang kurang upaya dan golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat Covid 19 dan pelaksanaan PKP.
Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Saifuddin Md Tahir berkata, MAIWP sentiasa mengambil langkah proaktif membantu golongan yang memerlukan samada dalam tempoh PKP atau pun pada hari biasa.
“Oleh itu sempena bulan Ramadan yang masih dalam tempoh PKP, MAIWP Labuan meneruskan aktiviti turun padang menyantuni golongan berkenaan bagi membantu meringankan beban disamping membantu mereka menyambut bulan Ramadan.” katanya ketika ditemui pada Program MAIWP Prihatin siri 2 di Kampung Bebuloh Laut, pada Khamis.
Selain Kampung Bebuloh MAIWP turut menyantuni tiga buah keluarga terpilih yang juga merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan masing-masing di Kampung Sungai Keling, Rancha-Rancha Laut dan juga Kampung Sungai Keling bagi menyampaikan bantuan berupa keperluan harian dan kewangan.
Hadir sama, Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, Ustaz Abd Fatah Abd Hafiz. TAMAT