27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan  agih 9,000 bungkus makanan setiap bulan libatkan  lebih RM1.2 juta

PROGRAM Makanan Berbungkus yang diedarkan kepada golongan terjejas dan B40 di kampung Bebuloh, pada Khamis.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengagihkan 9,000 bungkus makanan setiap bulan bermula April lalu membabitkan peruntukkan RM1,296,000.00.

Pengurus  MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md Saad berkata, program tersebut merupakan inisiatif terbaharu makanan berbungkus  melalui usahawan foodtruck sebagai usaha berterusan MAIWP menyantuni asnaf untuk membantu golongan terjejas dan juga golongan B40  menmapatkan bekalan makanan secara  percuma.

“Selain itu program    tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan ekonomi usahawan asnaf” katanya.

FOODTRUCK…. program Usahawan Foodtruck MAIWP yang membekalkan makanan berbungkus.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Agihan Makanan Berbungkus Usahawan Foodtruck yang diadakan di Perkarangan letak kereta Kampung Bebuloh, pada Khamis.

Md Fadzli berkata, setakat ini sebanyak 450 bungkus makanan tengah hari telah diedarkan setiap hari di tiga lokasi berlaianan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN