29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  Labuan agih 405 buah   tablet bernilai RM753,300

GAMBAR: SIMBOLIK…. Md Fadzli  (tiga dari kanan)  bergambar bersama  sebahagian penerima  bantuan tablet di ruang legar Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, pada Rabu.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Labuan  mengagihkan 405 buah  tablet melalui bantuan Mussaadat COVID 19  bernilai RM753,300 kepada pelajar asnaf dan keluarga berpendapatan rendah yang terpilih di pulau ini.

Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad berkata, agihan tersebut adalah seiring dengan keperluan semasa pendidikan negara terutama untuk membantu golongan  yang tidak berkemampuan.

“MAIWP terpanggil untuk membantu golongan ini memenuhi keperluan teknologi bagi menyempurnakan sesi pembelajaran di sekolah mahupun di rumah (PdPR)” katanya kepada media selepas majlis penyerahan bantuan tablet di ruang legar Kompleks Darul Kifayah MAIWP, di sini, pada Rabu.

Jelas beliau, agihan  tablet  yang setiap satu bernilai RM1,500  turut dilengkapkan dengan pakej data internet selama satu tahun bernilai RM30.00  sebulan.

“Bantuan ini juga disasarkan  kepada murid yang  mendapat jangkitan COVID 19 yang  tidak boleh menghadiri pembelajaran secara bersemuka.

“Dengan adanya tablet ini pelajar berkenaan boleh  menghadiri pembelajaran secara dalam talian dan mengelakkan daripada berlakunya keciciran kelas” katanya.

Menurut Md Fadzli, serahan bantuan tablet itu  dilaksanakan secara berperingkat  bermula pada 14 Mac lalu  sehingga hari Khamis (17 Mac) di ruang legar Kompleks  Darul Kifayah MAIWP melibatkan  300 pelajar asnaf, 33 murid SMA MAIWP dan 72 penghuni Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN