26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LKTNS semakin diyakini para peserta ladang: Abd.Ghani Yassin

Abdul Ghani (lima dari kanan)menyampaikan replika cek kepada Ketua Peserta Ladang Skim Nabawan Talakos Ansokol (tiga dari kanan)dan Penyelaras Ladang Tinagalan Martin Sawan (dua dari kanan). Turut kelihatan Syaheddrul (tiga dari  kiri).

NABAWAN:Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah Sabah (LKTNS)semakin diyakini oleh peserta ladang-ladang lembaga ini di kawasan-kawasan yang diterokainya di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini hasil daripada komitmen pihak pengurusan yang LKTNS yang dikemudikan oleh Pengurus Besarnya Syaheddrul Joddari dan barisan pengurusan pengurusan diperingkat Negeri, Wilayah, Pengurus-Pengurus Ladang dan staf keseluruhannya.

Katanya, LKTNS terus meyakinkan para peserta dengan memikirkan pendekatan-pendekatan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pihak lembaga.

“Sebagai agensi Kerajaan Negeri, LKTNS sudah tentu ikhlas membangun dan rakyat sesuai dengan peranannya” jelasnya.

Abdul Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan berkata demikian semasa berucap pada majlis simbolik penyerahan replika cek  dividen kepada peserta ladang Skim Nabawan, Dalit Laut, Tinagalan dan Tongod di bilik mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan di sini kelmarin.

Abdul Ghani menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang peserta.

Beliau dalam ucapannya turut berharap agar ladang LKTNS Skim Nabawan akan menjadi ladang contoh dengan peningkatan 11 peratus agihan dividen kepada peserta suku tahun kedua daripada agihan suku tahun pertama tahun 2021.

Pada masa majlis Abdul Ghani turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada peserta.

Sementara itu Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul Joddari berkata, 

Keikhlasan dan ketelusan dalam melaksanakan tanggungjawab diterjemahkan kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Katanya, kini LKTNS mengambil pendekatan yang lebih telus kepada para peserta sebagai rakan kongsi dengan memberikan penjelasan dan menyelasaikan kemusyikalan mereka terhadap pihak pengurusan.

“Ini akan meningkatkan lagi keyakinan mereka (peserta)kepada LKTNS” katanya .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN