Ghani (kanan), Syaheddrul (dua dari kiri), AB Rojhan (dua dari kanan)dan Jasni (kiri)bersama rombongan semasa melawat Ladang Lumiri.
KENINGAU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)akan mempelbagaikan projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)dengan tanaman jangka pendek dan panjang selain sawit bagi meningkatkan pendapatan para peserta ladang LKTNS di negeri ini.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, bagi tanaman jangka pendek pihak LKTNS akan memilih tanaman jangka pendek seperti labu manis yang mempunyai potensi pasaran yang berterusan bagi menjamin pendapatan dan ekonomi peserta.
Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerjanya di Ladang LKTNS Lumiri Nabawan pada Rabu.
Bagi tanaman jangka panjang Ghani berkata, LKTNS memperkenalkan durian munsang sebagai salah satu projek AET.
Ini katanya, kerana ia mempunyai potensi pasaran bagi jangka panjang dan mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada peserta.
“LKTNS tidak tertumpu kepada tanaman sawit sahaja tetapi ini pihak pengurusan sedang membuat kajian terhadap tanaman lain yang berpotensi menjana pendapatan bagi jangka panjang” jelasnya.
Turut sama dalam lawatan itu Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul Joddari, CEO LKTNS AB Rojhan Jalil dan Pengurus LKTNS Wilayah Barat Jasni Mohd Yusof.