GAMBAR ATAS: Beginilah keadaan mangsa yang rentung (gambar ishan bomba)
MEMBAKUT:Lima rentung membabitkan seorang ibu dan empat anak dalam kebakaran rumah atas air di Kampung Binsuluk Membakut, Kuala Penyu pada awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Aishah Binti Jumat 58, (ibu), Dzulkarnain Bin Othman 34, Dzulnisham Bin Othman 27, Rosdi Bin Othman 24 dan Rozaini Bin Othman 26.
Katanya, Dalam kejadian pagi syawal itu , dua lagi anaknya berusia 29 dan 25 tahun cedera melecur dan dirawat di Hospital Beaufort . Suami Aishah, Othman Ali, 64 bersama menantunya selamat.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 70’x30’ telah terbakar 100 peratus.Â
Mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan manakala mangsa yang cedera dan terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Sabah telah menerima panggilan kecemasan pada jam 02.54 pagi melalui talian MERS 999.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu bergegas ke lokasi kejadian dengan jarak 15KM daripada balai.
Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Awangku Mohd Rafie dan dibantu enam anggota dengan kekuatan logistik sebuah jentera kecemasan Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan tiga buah kenderaan utiliti pelbagai guna jentera.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.50 pagi. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Turut hadir di lokasi kejadian adalah Ketua Zon 2 Penguasa Bomba Andre Andrew , Ketua Balai BBP Kuala Penyu Penolong Penguasa Bomba Awang Mohd Bin Sabree, Pegawai Penyiasat Negeri dan Pegawai Penyiasat Zon.
Pasukan Bomba mengalami kesukaran ke lokasi kebakaran disebabkan keadaan jalan yang sempit, licin dan tidak berturap. Tamat/-