33 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Lima keluarga penduduk Kg.Kimolohing terima bantuan tangki

SUMBANGAN…Lajim (kiri) menyerahkan   Tangki Biru kepada salah seorang penerima.

RANAU: Lima keluarga penduduk Kg.Kimolohing di sini, menerima bantuan berupa Tangki Biru berkapisiti (muatan) 400 gelen setiap satu sumbangan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Semua sumbangan tangki biru itu telah disampaikan Lajim Bin Abd.Momen (Setiausaha Sulit) Ahli Parlimen Ranau,  mewakili Datuk Jonathan Yasin.

Wakil para penerima sumbangan tangki, Juliana Dakag ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas bantuan tersebut untuk membolehkan keluarga para penerima  mengumpul air bersih bagi kegunaan harian mereka.

“Kami berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas kprihatinannya menghulurkan sumbangan itu yang amat kami perlukan”, jelas Juliana.

Sementara itu, Lajim menyeru kepada para penerima sumbangan supaya memanfaatkan sebaik mungkin bantuan tersebut  untuk keperluan keluarga masing-masing.

“Manfaatkanlah sebaik mungkin bantuan yang disalurkan kerajaan demi menampung keperluan keluarga anda”, tambah Lajim.

Lima keluarga penerima sumbangan tangki biru itu adalah golongan keluarga yang dikenalpasti kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN