DITEMUI… mangsa yang berada dalam kenderaan ditemui tidak sedarkan diri oleh orang ramai.
LABUAN: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diletak di tepi jalan berhampiran laluan pendakian bukit Kubong, dekat sini, pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki yang lengkap berpakaian sukan itu ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dengan enjin kenderaan masih hidup oleh orang awam pada 6 petang.
“Selepas menerima maklumat mengenai kejadian, sepasukan anggota polis dan pasukan perubatan dikejarkan ke tempat kejadian.

MENINGGAL DUNIA… mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di bawa ke hospital Labuan untuk tindakan lanjut
“ Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia dan tiada unsur jenayah ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berbangsa sino kedazan itu menghidap penyakit darah tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



