HADIRKAN DIRI .. Barisan depan dari kiri. Harun Ismail, Verdon, Harun Durabi, Jonathan, Jasri dan Latiff Kandok , diantara lebih lima ribu jemaah terpegun mendengar ceramah Ustaz Das’ad. – Foto AJM
PITAS: Lebih 5,000 orang umat Islam di daerah ini khasnya dan sekitarnya amnya membanjiri Dataran Pitas untuk menyemarakkan syiar Islam di daerah ini.
Mereka berduyun-duyun hadir untuk menyaksikan dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh pendakwa bebas dari negara jirab, Ustaz Dr Haji Das’ad Latip.
Sebelum bermulanya Ceramah Perdana itu, Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) Datuk Haji Harun Haji Ismail berkata kehadiran Ustaz yang tersohor di Indonesia itu satu sejarah bagi penduduk Islan di daerah itu kerana sebelum ini mereka hanya dapat mendengar ceramah ustaz itu dikaca tekevisyen, media sosial, u tube dan yang lainnya.

PERSEMBAHAN…Kumpulan Nasyid dari Papar.
” Tetapi kali ini PDIS dan Wanita Usia berjaya mendatangkan prnceramah ini membolehkan mereka melihat dan mendengarnnya secara langsung, ” kata Harun.
Menurut beliau ceramah yang bertajuk “Hidup Mardhatilah Antara Ibadah, Rezeki, Syukur dan Sabar” amat menarik hati dan minat para jemaah yang hadir dan menggamit kenangan bagi semua bilamana penceramah tersohor ini menyentuh beberapa hal penting yang mungkin pernah dilalui oleh sebilangan kita.
Dalam kesempatan itu Harun menyeru kepada jemaah yang hadir agar bersama memastikan, mengukuhkan ikatan perpaduan kebersamaan dengan keharmonian sesama mereka.
“Ayuh, kita kekalkan perpaduan dan persamaan ini dengan sentiasa mencari titik persamaan agar kita berupaya menganjurkan program seumpama ini dimasa akan datang,” tegasnya
Harun berkata biar pun Daerah Pitas walau pun kecil bagi pandangan sesetengah pihak namun masih subur dengan ilmu keagamaan dan mudah-mudahan agenda yang kita ketengahkan ini mendapat redha dari Allah SWT serta memberi menafaat yang amat mendalam kepada kita semua.
Beliau juga merasa bangga dengan kehadiran jemaah yang bukan sahaja dari kalangan umat Islam malah ada juga hamba Allah dari agama lain turut bersama kita di majlis yang amat bermakna ini.
Sehubungan itu, beliau mewakili pengganjur program Ceramah Perdana itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir sama ada jemaah dari daerah Pitas, Paitan Sandakan, Tawau, Sipitang, Beaufort, Keningau, Ranau, Papar, Kota Kinabalu, Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan ada juga dari Semenanjung Malaysia.

UNTUK INGATAN… Dari kanan Muhammad Tassan, Sapawi, Verdon dari kiri Aminah dan Harun Durabi menyaksikan Harun Ismail (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Ustaz Das’ad.
” Kita amat berbangga atas kejayaan program dakwah ini yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada semua yang hadir dan berharap ianya akan dijadikan amalan dan ikthibar dalam kehidupan seharian,” katanya
Ustaz Das’ad dalam masa dua jam memberi ceramah sempat menyelitkan acara menyumbang sehelai baju kameja keluaraan Das’ad Latiff secara percuma kepada Hilorince Rosleen dari PDM Soniton Pitas diantara hamba Allah yang bukan beragama Islam yang turut hadir dimajlis tersebut.
Orang ramai turut dihiburkan dengan lagu-lagu Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Ar Raudah dari daerah Papar.
Hadir sama Isteri Harun Datin Hajjah Siti Marian Wong, Pengerusi penganjur yang juga Ketua Wanita USIA Bahagian Pitas Ustazah Aminah Mindoh, Ahli Parlimen Kudat Dato Verdon Bahanda dan isteri, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka Datuk Harun Durabi dan isteri, Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah USIA Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Pengerusi USIA Bahagian Pitas Datuk Haji Muhamad Tassan dan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Jonathan Kandok.
Turut hadir, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi NGO dan pemimpin setempat Daerah Pitas dan Daerah sekitarnya.



