26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 400 umat Islam tunaikan sembahyang sunat Aidiladha di Masjid Jamek An Nur

SEMBAHYANG…. Rozman (kiri) bersama Jemaah yang hadir melaksanakan sembahyang sunat Aidiladha di Masjid Jamek An Nur Wilayah Persekutuan Labuan, pagi Jumaat.

LABUAN: Lebih 400 umat Islam di pulau ini menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di Masjid Negeri  Jamek An Nur di sini  dalam suasana norma baharu.

Tinjuan wartawan mendapati setiap jemaah yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan termasuk setiap Jemaah dimestikan memakai pelitup muka,  mendaftarkan diri, membuat pemeriksaan suhu badan dan perlu membawa sejadah sendiri serta mengamalkan penjarakan sosial ketika berada dalam masjid.

SOP…. para Jemaah  mendaftar dan membuat pemeriksaan suhu sebelum dibenarkan masuk ke dalam  masjid  menunaikan sembhayang sunat Aidiladha.

Hadir sama menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di masjid itu ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Pengerusi Jawatakuasa Masjid Jamek An Nur, Dato’ Seri Mohd Alias Abdul Rahman.

Sembahyang yang bermula tepat jam 7.45 pagi itu telah diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Jamek An Nur, Ustaz Mohd Najeeb Abdul Rahim.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias menunaikan sembahyang Aidiladha di masjid Sungai Lada bersama penduduk kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN