28.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 23,000 peserta sertai HSN peringkat Labuan

MOHD HUSNI ketika merasmikan HSN peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, pada Sabtu.

LABUAN: Lebih 23,000 warga Labuan pelbagai peringkat umur menyertai 42 acara sukan yang bertemakan ‘Malaysia Aktif’ sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut terlibat menjayakan sambutan tiga hati itu ialah agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia.

Sambutan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Perbadanan Labuan yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan itu dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohammad Salleh, pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata, HSN merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

“Selain itu HSN juga bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pembangunan sukan, disamping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif”, katanya,

Dalam pada masa yang sama katanya, HSN juga telah melakukan pendekatan dengan melaksanakan konsep Malaysia MADANI yang melibatkan sukan baharu dan sukan rakyat.

“Pendekatan itu bertujuan untuk penyatuan kesejahteraan serta mengangkat prinsip saling hormat-menghormati, menyasarkan penyertaan kepada semua golongan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib, Pengarah JBS Labuan Mahanum Fauzi serta Ketua Ketua Jabatan dan agensi kerajaan.

Antara sukan yang menjadi tarikan utama warga Labuan sempena HSN tahun ini ialah Fun Walk 3 kilometer (km) Belia Kitani, Kayuhan MADANI 30 km, Larian Ria MADANI 5 km, Kids Aerobic Challenge dan Labuan Car Free Day siri ketiga.

Manakala acara lain yang turut diadakan termasuklah kayak sprint, petanque, hoki pantai, pertandingan tarik tali dan bola tampar pantai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN