ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 20,000 Dijangka Hadir Pesta Kubis Kundasang 2025

Datuk Japiril Suhaimin / Foto Penerangan

KOTA KINABALU — Pesta Kubis Kundasang edisi ke-25 yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 16 September ini dijangka menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung ke daerah Ranau.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kubis, Datuk Japiril Suhaimin berkata jangkaan itu berdasarkan pengalaman tahun-tahun lalu serta pengumuman cuti tambahan pada 15 September 2025 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Pesta Kubis akan diadakan di Pentas Budaya Kundasang, perkarangan Pekan Kundasang. Berdasarkan rekod terdahulu, kehadiran pengunjung mencecah antara 15,000 hingga 20,000 orang sepanjang empat hari penganjuran.

“Dengan tambahan cuti umum, kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN