ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 200 penunggang motosikal di Labuan sertai Merdeka Ride

Mohd Rafi bersama peserta Konvoi Bermotosikal

LABUAN: Lebih 200 penunggang motosikal pelbagai jenis menyertai Konvoi Bermotosikal Merdeka Ride sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 69 tahun.

Konvoi yang melibatkan laluan kira kira 20 kilometer itu dianjurkan oleh Sekretariat Anak Muda Labuan dengan kerjasama Team DMR Riders.

Konvoi yang berkongsi kegembiraan dan mengenang sejarah kemerdekaan iti diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMMO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan.

Mohd Rafi juga adalah Presiden LA Riders yang cukup aktif menganjurkan pelbagai program termasuk Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) yang akan berlangsung di Labuan tahun depan.

Konvoi Bermotosikal yang bermula di kawasan tempat letak kereta Medan Selera seawal jam 7 pagi itu melalui beberapa jalan raya antaranya, Jalan Pesisir Pantai Negalang, Lubok Temiang, Chemney, Batu Manikar, Pohon Batu Pancur Hitam dan seterusnya menamatkan konvoi di Taman Damai Layang Layangan.

Di Taman Damai Layang Layangan peserta konvoi turut menganjurkan aktiviti membersihkan pantai disamping berpeluang mendengar taklimat ringkas mengenai sejarah Tamai Damai Layangan yan disampaikan oleh Pegawai Muzium Labuan, Nazli Ho.

Sementara itu, Mohd Rafi ketika ditemui berkata, program Konvoi Bermotosikal yang dianjurkan oleh Sekretariat Anak Muda Labuan merupakan satu usaha berterusan agar seluruh rakyat Labuan dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan hidup yang dihasilkan oleh pejuang pejuang kemerdekaan terdahulu.

“Di Labuan, kita terus berusaha Kembalikan Labuan ke Landasan Sebenar agar Rakyat dapat Menikmati kemajuan dan kesejahteraan itu sampai ke setiap kampung, setiap rumah, dan setiap hati rakyat. Kita bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang kerana itulah kekuatan sebenar negara kita”, katanya.

Jelanya lagi, kemerdekaan merupakan amanah yang perlu kita jaga bersama, demi masa depan generasi yang akan datang.

Turut menyertai konvoi tersebut, Ketua Wanita UMNO Labuan, Datuk Hajah Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungut, Ketua Puteri UMNO Bahagian, Normiyati Jumat dan Setiausaha UMNO Bahagian, Rosli Hj. Omar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN