25.4 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 19, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 12,000 Bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan di Labuan sempena Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026

Lo bersama dif dif kehormat memotong kek sempena Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan.

LABUAN:Lebih 12,000 bendera Wilayah Persekutuan pelbagai saiz dikibarkan di seluruh Labuan sempena Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempen Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Majli pelancaran kempen tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhammad Salleh dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin sidek serta Ketua Ketua Jabatan dan Agensi kerajaan.

Terdahulu, Lo ketika berucap pada majlis itu berkata, usaha kempen Bendera Wilayah Persekutuan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan dan disokong oleh pelbagai agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat mencermin usaha bersepadu dan komitmen semua pihak untuk mematikan semangat Wilayah Persekutuan khusunya di Labuan dirasai sehingga ke peringkat akar umbi.

“Usaha ini juga sekaligus menjadi platform dalam menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat untuk terlibat dengan aktiviti kenegaraan”, katanya.

Lo bersama dif dif kehormat mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan simbolik pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan

Beliau berkata, penglibatan komuniti dalam kibar bendera ini juga membuktikan bahawa Sambutan Hari Wilayah Persekutuan benar benar bersifat inklusif dan berteraskan rakyat.

“Malah Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini merupakan pembuka tirai kepada program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 yang dirangka secara menyeluruh di ketiga tiga Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Beliau juga mengajak semua pihak untuk bersama sama menyokong pelaksanaan ‘Pencahayaan Wilayah Persekutuan’ yang akan bermula pada 26 hingga 28 Febuari yang melibatkan pencahayaan di bangunan bangunan komersial di pusat bandar.

Jelas Lo, program ini dilihat dapat memberi impak positif terutamanya di pusat bandar dalam menjadikan daya tarikan pengunjung dan pelancong sekaligus memeriahkan Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Pada majlis itu beliau turut mengagihkan bendera Wilayah Persekutuan kepada 27 Ketua Kampung.

Pelbagai aktiviti lain juga telah diadakan yang melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum antaranya, Fun Walk Wilayah Ku, Treasure Hunt Wilayah Ku, pertandingan kibar bendera peringkat komuniti, Jualan Rahmah MADANI serta pameran lebih 70 biji kek sumbangan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN