25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 ahli akademik dan profesional sertai Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan (LICC) 2025

Affendi (lima dari Kiri bersama jemputan khas pada majlis pelancaran LICC 2025

LABUAN: Lebih 100 peserta yang terdiri daripada ahli akademik pemain industri dan pengamal profesional serantau menyertai Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan (LICC) 2025 anjuran International Business and Financial Centre (IBFC) dan Universiti Malaysia Sabah Kolej Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL).

Persidangan yang berlangsung di auditorium Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Labuan Financial Service Authority (Labuan FSA), Affendi Rashdi, pada Khamis.

Terdahulu Affendi dalam ucapannya berkata, persidangan yang bertemakan ‘Dari Peraturan Kepada Nilai: Membentuk Pematuhan Kepada Keyakinan’ bertujuan untuk memupuk pengetahuan tentang AML/CFT dan mengukuhkan piawaian pematuhan kawal selia di kalangan institusi pelabur diseluruh IBFC.

Beliau berkata, Labuan FSA yakin pematuhan yang kukuh bukan sahaja meningkatkan pengawasan dan pasaran yang telus tetapi juga membolehkan institusi bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap risiko yang bakal muncul.

‘Usaha ini ini diyakini dapat mengekalkan Labuan IBFC sebagai pusat perniagaan dan institusi selamat yang boleh dipercayai’ katanya.

Sementara itu, katanya persidangan yang julung kalinya diadakan amat bertepatan kerana ia dapat menzahirkan pandangan dan idea yang bernilai dalam usaha IBFC Labuan memperkukuhkan lagi pematuhan.

“Penekanan pematuhan amat penting memandangkan kerumitan yang semakin meningkat terutamanya dalam kes kes jenayah kewangan, kemajuan teknologi yang mendadak disamping peningkatan jumlah urus niaga rentas sempadan”, katanya.

Hadir sama, Pengarah UMSKAL, Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN